Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 10, 2014

Muhammad Aiden Azizulhaziq Bin Mohd Noriman

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah september 2014 ni genap lah umur si bujang umi & abi setahun 9bulan.. Kemain bijak dah le skang. Kecik kecik dulu je tau nangis xabes abes. Lapo nanges! Berak nanges! Skang ni nangis juge. Nanges kena cium. Mau dak nyee.... Busuk busuk pon orang nak gak cium. Kecik kecik dulu redho je kena cium. Skang dah pandai.. Xmo kena cium. Cium pon leh jadi nangis. Nak nak lagi kena cium dengan ibu. Mulut ibu busuk nehhh! Lari!! kang kena ketuk ngan ibu. 
Aiden & ibu
Sekejapan je si bujang Aiden dah besau. Umi rasa macam semalam je baru lahirkan kamu nak. Skang Aiden dah pandai cakap. Tapi bahasa dia lagi lah. Sket sket tu boleh lah umi bangga kan. Ingat lagi dulu dulu. Aii kan ada  2 orang anak perempuan yang comel sebelum Aiden. Alhamdulillah Najwa & Najla cepat bercakap. Dan x pelat. Tau x pelat tu ape? Ala... yang cakap xbetol tu. TokTok kate P.Ramlee :)
Najla de lah sket sket pelat tapi xlama. Kadang tu x pelat tapi gunapakai bahasa dia macam entri lepas de aii cite kakngah panggil susu tu titis. Tapi as long as kita paham sudah le kan. Btol! dia guna bahasa tu mase kecik je. Maybe dia xreti sebut susu maka dia ganti dengan titis. Skang reti je dia sebut susu. Xde dah mintak titis hihi.. Tetapi! mase tu ada gak orang pertikai.Katenye anak perempuan memang cepat belajar. Sebab senang.. Mase tu aii iyekan sebab xde pengalaman anak lelaki. Macam yang bercakap dah ada anak pompuan ada juge anak lelaki. Mase tu anak dia xreti bercakap lagi. Anak aii dah leh mengira dan dah leh kenai anggota badan time tu. X kate anak aii pandai tau! Kang jatuh riak. Yang iyenye kita kena rajin slowtalk dengan anak kita dari dia kecik. Contoh! Mata mana mata nak? Hidung mana hidung? Telinga mana telinga? Orang nampak simple. Tapi bile ada anak yang dah reti walau waktu tu umur kecik dan tetibe anak kite xreti jangan pule mase tu kite kate anak pompuan senang anak lelaki susah!Sama je... kate ahkak tu lagi kalau aii xcaye tunggu aii de anak lelaki nanti. Nah! skang aii de anak lelaki. Xde beza pong. Sama je anak pompuan & anak lelaki aii. Lom cukup umur 2tahun dah leh cakap sket sket dan dah paham cakap orang.. **jangan baca dengan nada riak ye** Aii x riak tau. Memang ye. Aiden skang boleh dah cakap sket2. Aii cakap refer pada ahkak tu. Macam mana dia kate beza anak lelaki & perempuan. Konon anak perempuan ni cepat cakap dan anak lelaki nanti mesti lambat. Konon pengalaman dia lebih dalam membesarkan anak :P
Ok je! aii bangga dengan perkembangan Aiden. Sume dalam  umah dah pandai dia panggil nama ikut pangkat. Atok,nani,ucu,umi,abi,angah,kakak,ibu,abah,tokma,tokbah,sula! kenai cukup. Walau baru kite kenaikan pon dia dah leh sebut. Awish,makteh,acip,ajim! Nak itu nak ini kire aii dah paham le, Walaupon de pelat pelat sket tapi aii as a mummy still bangga. Takde lah nak rendah rendahkan kebolehan anak lelaki.






Paling best bile Aiden nampak lori.. Puas dah kami ajar. Itu lori nak. Lori! tetap jugak dia gunapakai bahasa dia.Serupa kakngah jugeeee.. Ade bahasa sendiri. Lori dalam bahasa Aiden LOLO. Dia amik tang depan je. kite sebut lori dia masih duk lolo. Lolo lah adik.. janji kamu kenai tu lori. Jangan esok dalm periksa duk "Lolo itu sangat besar".. Len macam dah tu. Aiden dah kenai van,car,moto & bas. Asal dalam kete sume bende nak disebut.. Ben ben! (Van! van!) Tar tar! (Car! car!) Pernah terbaca satu artikel kat magazine pa&ma. Anak yang sedang cuba bercakap seeloknya ibu & ayah bercakap dengan cara yang betol dengan anak anak. Biar dia duk Ben ke Tar ke. Kita jangan ikut jadi pelat. Kite betulkan ape dia cakap. Esok esok insyaAllah dia pahm dan akan ikut bahasa kita. Jangan putus asa ajar dia bercakap.

Sampai skang si bujang aii masih lagi menyusu badan (mentetet). Puas dah kadang umi dok ngelak buat buat takmo bagi. Tapi bila dengar dia merayu. Trus tak dapat bertahan. Skang dah pandai suh umi do do (Tido) kalau nak mentetet. Bahagia kemain ko ye nak. Kalau umah bolehlah umi layan nak do do. Kalau kat shopping mall nak do kat mana?Jangan buat selalu ye anak anak.. Puas kawan kawan aii kate kena putuskan sebelum dia smpai umur 2tahun. Cemana ye? Meh bg idea sket.. Kakngah dulu dah macam macam cara umi cuba semua xjadi, Sudahnye dia sendiri berhenti sebab rase dah besar dan dah jadi kakak. Tapi kadang meraba juge. Mungkin nak lepas gian kot. Tapi hal rapat memang xdinafikan. Sebab tu diharuskan menyusukan anak sehingga mereka berusia 2tahun. Tujuan itulah merapatkan hubungan ibu dan anak. Setuju! Tapi kalau dah isap susu formula sepenuhnye lagi umi suke. Sebab aii leh tido lena dimalam hari. Sebab abi sangat rajin bangun malam buat susu. Beruntungnyeeee aii. Selagi si bujang ni mentetet memang penat sket lah aii. Sekejap sekejap menyelak! sekejap sekejap menyelak! sudahnye sampai masa aii biar je. Mu nak nyusu mu carilah sendiri. haha!


Aqeef anak jagaan emak. Sebaya dengan Aiden. Sama sama kaki sakat. Bile orang ni usik tu nangis. Orang tu usik ni nangis. Bantai! Kami dok biar je kalau dorang dah start drama. Seronok agaknya Aiden kalau de kawan. Ecece! Jangan ngengade ye aii. Haha! Kalau incik hubby bace ni confirm nangis. Aii ready. Dia ngan nani je xready. Haha lagi! Jahat kan.. Ape2 skang nak tambah generasi kena tanye nani & abi dulu. Nani siang siang dah cakap tak larat. Kalau nak juge gi antor umah pengasuh. Tulah emak. Dulu dulu ateh nak antar kat orang emak xbagi. Kan skang dah penat.. Sian emak! Xpe.. klu lepas ni ade lagi. Kita bagi ibu jage deh! Ibu takmo makngah kan ade.. hahaha! Lagi satu kena tunggu abi ready. Sebab nak bayar insurans tuk 5orang ni pon abi dah pening pening lalat. Yele gaji xbesor mana. Tapi insurans tu macam penting je. Tapi pastikan takaful tau... Dok cite cite hal si bujang ni tetibe rse rindu lak.

Eh eh! nak kol abi jap. Rini Aiden check up. Aii tak dapat joint mereka sebab xde ganti. Ni 1st time incik hubby nak bawak anak ke klinik. Cemana lah gayanya. Harap harap ok je.


Aiden sangat tak boleh selsema. Bila selsema mesti akan batuk. Bila batuk mesti akan muntah. Bila muntah mesti umi akan letih. Sebab terbatuk je muntah. Doktor kate tak ape kalau dia batuk muntah. Memang le takpe doktor! Tapi aii yang tak tahan. Baru tukar cadar..blueeekkkk atas cadar. Tapi umi x kisah sebenarnye. Sebab abi adik rajin tolong angkat cadar. Asalkan adik buang sume kahak tu umi xkisah adik nak muntah banyak kali mana pong. Muntahlah nak! Rupenye Aiden ni pesen penggeli. Geli mungkin dengan selsema yang duk dalam hidung tu yang buatkan dia asik blueekk blueekk je. Sian Aiden.

penatlah taip cite pasal Aiden ni. Btol kate orang kalau cite hal anak memang berjela jela pon tak abes dok pikiaq jalan cite nak share dengan orang. Ingat kate sorang kawan ni. Degil degil mana pon kalau dah anak tu tetap anak. Bukan mintak Aiden degil ye. Mak mana nak anak degil? Aii doa supaya Aiden jadi anak yang berguna kepada kami esok hari. Umi memang suka je puji anak umi ni. Xkire lah orang yg duk bace nak maki ke nak keji ke. Bagi umi Aiden adalah buah hati.

Jangan marah ha! entri sesaje ni sebenarnye sebab xde idea. Kepala pening sebab asik asik kije sorang. Xdapat gi tandas begini le jadinye :P

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**