Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, September 11, 2014

Boleh saya bantu?

Assalammualaikum :)

Dari semalam kepala belah kanan aii berdenyut denyut mintak dipicit. Adoiiyaiii bengang je rase kepala. Serba tak kena. Sian anak anak anak! Naseb baik incik suami ringan tulang. Syukur :)
Si kakak wawa time time gini le pulak request sup telur faveret dia. Kalau sup telur hari hari pon takpe. Kate emak dari balik sekolah tadi duk heboh nak makan sup telur, Sian kakak. Maaf ye kak. Semalam umi betul betul rase macam tak larat sangat. Sudahnye abi start moto gi tapau nasi goreng pattaya. Rasenye kakak makan sket sangat sebab malam tu abi kejut umi makan.. Umi tengok lebihan nasi goreng pattaya banyak lagi. Serba salah umi dibuatnya..
Arini kat opis pon kepala aii masih lagi berdenyut. Ni baru lepas telan sebiji ubat tahan sakit ngan nasi goreng ikan masin baru de rase lega sket. Umi janji balik kang umi buat sup telur kakak ye sayang!

Sejak sejak ni terkejar kejar sket wat kije. Takdelah berlari. Sebab kije aii duduk je dari mula sampai balik. Tu makin lama makin kembang.. **sambung cite** Sebelum ni kije aii de partner. Tapi partner dah pindah dekat dengan incik suaminya makanya tinggal lah seorang diri. Kije sorang diri xjadi masalah sebenarnye. Sebab dalam pejabat aii memang perlu sorang bahagian semboyan sorang pegawai khidmat pelanggan. Dah mencukupi. Yang buat letih nombor takleh guna tapi orang taktau.. Eh! ape aii merepek ni?

Ok camni.. Ipd Kajang tempat aii kije ni dulu orang panggil Ipd Hulu Langat. Rasenye hal nama dah lama kot orang tau Hulu Langat dah bertukau jadi Ipd Kajang. Sebab dah lama sangat kot tukau nama nye pun.

Yang orang taktau atau buat buat taktau ialah nombor telefon. Nombor telefon Ipd Kajang pon dah bertukau. Dedulu 03-87362222. Mase memula tukau nombor ritu nombor lama masih boleh digunapakai. Tapi sejak sejak kena sambar petir *kot*  dia jadi blurrr dah. Kompius! Bila orang dail no tu masuk memang masuk tapi serupa cakap dalam gua. Kadang kena jerit bagitau suh kol nombor baru. Kadang sampai 3 4 orang skali dalam talian. Ikut hati mau je suh telekom cut nombor lama tu tapi apalah kuasa ambe? Tapi rase rase kalau google nombor baru Ipd Kajang laju je kot encik Goggle nak bagi. Takpon dekat signboard depan balai tu terang terang dah tukau nombor baru. Pelik! Awatlah masih ade umat dok dail dail nombor lama tu. Susah tau.. Susah bile kije sorang sorang line skali masuk bukan satu bukan dua. Tapi kadang sampai lima. Lima ok! Bayangkan nk angkat semua panggilan tu tetibe masuk nombor lama ni. Layan nombor lama ni ada lah 2 3minute sebab jerit jerit nak suh dail nombor baru. Nak layan panngilan dalam jugee.. Mana yang nak mintak sambung ke luar. Ha! Mase tulah nak tengok pegawai khidmat pelanggan macam aii ni terkangkang kangkang.

Haruslah disini aii tulis juge no Ipd Kajang buat orang yang rajin google ye.

03-89114222
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Simpan bebaik tau nombor ni.. Kalau dengar suara sedap sedap tu mungkin juga saya. Mungkin juga Kak Leha. Mungkin juga Kak Zahariah. Mungkin juga Wan tapi yang pasti tak mungkin Asmah lagi. Sebab Asmah dah pergi tinggalkan kami dan berkhidmat kat Ipk Kedah.

Dah dah erk semua. Lenkali sebelum kol try google.. Kalau tak dapat juge tekan 103. Mintak bantuan :)

Boleh saya bantu????????????????????????





No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**