Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, November 12, 2012

Lantak pi lahhhhhh!

Assalammualaikum ...

Kesian sangat kat manusia manusia yang sangat suke mengambil tahu ni kan? Korang korang pernah jumpe tak manusia manusia sebegini di keliling korang korang..? Bersabar lah siapa siapa di kelilingi manusia manusia sebegini. Sebab kita sebagai manusia ni memang xboleh nak puaskan hati semua manusia punnnn!

Kadang disebabkan manusia manusia sebeginilah kita yang normal leh jadi gila memikirkan kata kata mereka. Makanya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ;)
Ahkak pernah disapa oleh manusia manusia sebegini. Antara soalan soalan yang tah ape ape adalah seperti berikut :

  1. Ehh mengandung lagi..? setahun sorang kerrr??? **suke hati ahkak lah yerr! nak beranak setahun sorang ke setahun dua orang ke.. ahkak mintak duit kamu kerrr???
  2. Suami kamu mana??? keje? Sabtu ahad pon keje?? Hebat!! ** memang lerr laki aku hebat! baru tauuu ker? Keje sabtu ahad pon ko nak amek kesah..
  3. Anak dah besar pon isap susu lagi ke?? **yerrr! saye masih mampu beli susu untuk anakanak saye. Kenapa?? nak mintak sikit kerrr?
  4. Ehhhh..mana boleh tgh ngandung bagi anak isap susu badan.. Nanti baby dlm perut jadi lembap! Kan ke susu tu dah jadi darah.. **haiii kamu pernah amik kedoktoran ke dulu? nape xjadi pakar puan jerrr! Saya refer doktor lah sebelum buat sesuatu. Dah doktor pon kate boleh bagi selarat ibu larat. Cuma perlu kalsium lebih dari biasa.. tu jugak salah satu proses penambahan susu.. Isssshhh lah manusia!
Pernah gak kawan kawan ahkak cerita perihal manusia manusia suke amik tau ni. Kadang pelik! Kenapa cerita orang lain yang kamu kamu sibukkan? Ker kamu memang dilahirkan untuk sibuk hal orang lain. Kamu xde benda lain ke nak buat dari duk amik tau kisah kisah orang?
Kadang belum rezeki untuk seseorang menimang cahayamata pon kamu leh jadikan bahan bercerita. Bukan ke kamu tau rezeki rezeki ni semua kerja siapa?? Kerja Allah S.W.T..! Bukan kerja kamu. Kita sebagai manusia ni cuma merancang dan semua ketentuan itu adalah datangnya dari Allah. Siapa kita nak mempersoalkan kerja Allah? Ini tidak! Dah sah sah tau belum rezeki seseorang tu menimang cahayamata,asal jumpe itu jer soalan nak ditanya. Rezeki lain lain yang dia dah miliki xnak pulak kamu tanye. Takut takut xpadan dengan rezeki kamu lerr tu! Mungkin sekarang Allah S.W.T belum nak mengurniakan mereka rezeki anak anak yang comel sebab nak mereka mempunyai aset aset yang boleh menjamin mase depan untuk anak anak esok hari.Siapa tau kennn?Allah S.W.T lebih tauu ape yang terbaik buat kite sebagai hambaNya ;)
 
Kepada kengkawan ahkak yang pernah disoal benda benda cenggini anggaplah semua ini cabaran dan dugaan dalam hidup. Belum berkahwin ditanya 'bile nak berkahwin'.. Bila dah berkahwin di tanye pulak 'bile nak menimang cahayamata'.. Bile dah anak esok esok beralih lak soalan 'Bile nak tambah lagi'.. pastu bile dah bersusun 'setahun sorang ke anak'
 
Alahaiiii memang fenin kalau layan manusia manusia sebegini.. Sampai bila pun xsudah soalan soalan cepumas mereka mereka. Apa pon yang dah berlaku pada kite..terimalah dengan hati terbuka. Dah ade rezeki anak banyak terima seadanya. Belum rezeki ada anak berusahalah sedaya upaya. Jangan layan sangat mulut mulut puaka mereka mereka ni. Memang leh gila dibuatnya! Dorang yang suka ambil tahu ni pon kadang hidup dalam terkontang kanting. Ambil tahu kisah orang untuk menghiburkan hati sendiri. Biar lantak pi lahhhhh ;)
 
biarlah anak anak saya bersusun paku pon..saya tetap bangga membesarkan mereka ;)

Biarlah laki saya kena keje SABTU AHAD pon..dia tetap ade mase untuk kami sekeluarga.. ;)
 

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**