Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 30, 2012

ouhhh my bObO :)

Assalammualaikum..

Selamat hari raya aidiladha yer! bercuti start dari hari khamis hingga semalam.Memang syorga! arini lemau je badan mula bekerja..*nak sambung cuti boleh?* Sebelum ni ahkak de janji nak bercerita tentang kucing baru kami kan..? Setelah bertahun ahkak memendam rase mahu menyayangi kucing selepas papai =,( *rindu sgt papai*

satu hari tu ahkak dan mr.huB,emak,abah berserta anak anak lepak petang kat rumah nenek. Tetibe abah ahkak yang yg masuk rumah nenek diekori seekor kucing kecik. Xleh nak klasifikasi kucing ni kucing versi bulu kembang ke bulu kuncup sebabnye kecik sgt. Cam papai dedulu lah. Mase ahkak amik kemain kurus kering skali besar macam rimau.bulu bersepah kembang..hoiii rindu dah neh!
Kaler kucing yang ikut abah ahkak tu kelabu-kelabu asap. Comel je ahkak tengok. Tetibe emak ahkak bersuara. Emak ahkak suh bela.. cantik katenya. Ayat emak ahkak nak suh ahkak bela tu,xabes abes sebut kucing tu bulu cam papai lah! ligat cam papai lah! asik papai je.. terus ahkak cam ouhhhhh papai dah kembali! Tapi memula ahkak cam..xmo lah. tgh ngandung ni. Nak urus kucing bagai. Anak anak lagi. Laki lagi. tetibe laki ahkak lak duk merengek.. Nak jugak. Boleh je.. Esok-esok kamu kutip kumbahan si kucing ye? Saye ngandung xleh pegang najis kucing. leh pegang kucing bersih je..haha
Emak back up baekk mr.huB..
ni kelabu asap kami :)
" ala...xpe sementara ni biar dia duk umah emak dulu"

bantai lalak le si kakak yg dah lame merengek nak bela kucing. Macam-macam ayat keluar nak pujuk si kakak sayang. dan akhirnya dengan redha dan keputusan semua kucing baru kami diberi nama Bobo. Sweet nya! sepakat bela bersama.. duduk umah emak ahkak. Umah ahkak xleh. Sebab arini bawak balik esok-esok hilang tanpa berita. Dah bersedih lagi. Ambik langkah selamat tinggal kan bobo umah emak. Lagipon ahkak ngan anak anak kan memang menepek sepanjang mase umah emak ahkak.Time tido baru balik umah. Kalau letak umah sudahnya mati kesekoran lak si bobo nanti. xmemasal je jadi pembunuh ahkak! 
walaupon skag dh ade BOBO tapi langsung xpernah lupe si PAPAI =,(
sejak hadirnya bobo,seakan kembalinya papai ahkak. Sume pon sayang kat bobo. Termasuk abah ahkak. Abah bukan lah penggemar kucing. Mase ahkak bela papai je ahkak perasan abah ahkak ni sebenarnye terselit perasaan sygkan binatang.Bukti mase papai sakit kaki sehari sebelum pergi tinggalkan kami selamanya,abah ahkak lah yang balut luka kaki dia. Dan mase papai hembuskan nafas terakhir dan perkara tu berlaku depan mata abah ahkak..abah lah orang paling teruk menangis. Siap terduduk bagai menjerit nak bagitau ahkak yang ahkak dah melanggar tanpa sengaja kucing kesayangan ahkak sendiri.Sejak tu lah ahkak tawar hati nak bela kucing lagi. Maafkan umi papai!!
Dengan bobo ni pon ahkak perasan yang abah ahkak sangat suke kehadiran bobo. Mungkin sebab bobo ni kucing yang suke bergurau. De je aksi kucing dia yang wat kami rase nak je buli dia.. ouhhh Bobo! Bayangkan abah ahkak yang suara garau bak petir tu panggil nama bobo.. alololo! nak gelak ahkak dengar. Dan skang hampir genap sebulan kami kutip si bobo :)

Ari rabu yang lepas ahkak last bekerja. Balik je rumah terus emak ahkak bgtau yang bobo kami sakit. Xmacam selalu. Yang sangat aktif. Memang nampak sangat lah sakitnya. Xterdaya.. Sedih emak ahkak. Petang tu jugak terus ahkak,emak,adik dan anak anak ahkak bawak si bobo gi Mesra Petshop kat Presint15. Situ private veterinar. Sebelum ni pernah bawak kucing lain. Dan doc veterinar yg ade mase tu bukan doc biasa. Emak awal awal lagi dah cakap cam xconfident ngan doc tu. Berani emak tanye mana pergi doc perempuan yang selalu tu. Rupenye dia dah berpindah kat Kajang. Ikut kate doc tu si bobo ni de masalah kat pundi kencing dia.Sebab normal bile doc tekan pundi kencing akan keluar kencing si kucing. Tapi si bobo dok miau miau cam sakit. Dia kate lagi usus bobo besar.. Ouhhh takut ahkak dengar. Terus dia suh bawak x ray. Doc bgtau kat MAEPS Serdang tu de satu Klinik Veterinar UPM. Boleh x ray scan bagai.Ahkak memang xpernah gi sane. Xtau langsung de hospital veterinar kat situ. Kebetulan esok ahkak amik cuti terus je lah bawak si bobo kami tu.

Beramai ramai le ke hospital veterinar UPM kat Maeps tu. Mulanya hanya nak gi ngan ahkak nye cousin je. Tetibe emak ngan mokcik dan anak anak anak anak sume pon nak ikut. Angkut je lah! Bukan men seronok.. Sampai sampai je dah macam macam ragam manusia yang penyayang neh. Sampai kat pintu klinik haiwan kesayangan tu makcik ahkak tegur sorang owner ni.

M : tutup ke klinik?
O : x lah.. kami dah siap..
M : kenapa ngan kucing tu..
O : xde ape..dtg melawat abg dia.. Menangis kat umah xde kawan. Abg dia dah 3 ari warded.

kelasssssss.... kucing pon warded beb! Rupenye si abang tu warded sebab patah kaki. Yelah 1st time gi hospital veterinar besar cenggitu.Bese gi klinik klinik je.. ke VILAGGE an terselah sudah..haha
masuk pintu terus amik no dan daftar nama bobo. Tempat daftar di bagi dua.. Satu untuk kucing dan satu untuk anjing. kalau buat satu tempat memang letih lah nak menenangkan anjing dan kucing kan..haha! Mase daftar tu awal awal lagi pegawai khidmat pelanggan kat situ dah bgtau harga serupa private.. ok paham. :)
tp layanan adalah terbaekk! puas ati walaupon lama menunggu..xrase lama sebab seronok tengok macam macam gelagat. Dan macam macam jenis kucing pon adoo. Best tau. Tibe mase si bobo jumpe doc veterinar kat bilik no 11. Ahkak ngan emak je masuk.. Sebbaik gak ade mokcik ahkak,leh tolong jage itu dua orang puteri. Keadaan si bobo mase tu mmg merisaukan. Lemah je xberdaya. Bile doc tu pegang letak pon dengan segera si bobo letak buntut dia cam berat sangat.Mase tu lom x ray. Doc kate takut tulang belakang dia cedera. Dan doc kate perlu wat xray. Ahkak ngan emak ok kan je. Mase dalam bilik x ray tu kuat sgt suara si bobo.Ahkak dgn emak tunggu luar bilik. Sampai luar dengar si bobo dok miau miau. Sian bobo!
pic mase xsihat.. suke dipeluk! bile dah sihat nak pegang pon menggelupur. aissshhhh!
Lepas dah x ray doc kate xde masalah tulang belakang atau ape ape.cuma yg dorang nampak pundi kencing si bobo ni mcm kecik dan kena buat scan. Ahkak ok kan jugak. Dah nak suh ape? Doc lagi tau kan? Lama lah ahakk bertapa kat bilik no 11 tu. Doc dah bawak si bobo gi scan.. Dan 20minit cenggitu doc dtg bawak bobo sambil senyum.Katanya bobo xde masalah ape ape. Cuma doc de tanye bobo ni suke makan ke? Ahkak ye kan lah. Sebab memang si bobo ni pantang lepas dan nampak makan. Cam xmakan bertaun gayanye. Doc kate dia mungkin rase xselesa disebabkan dalam perut dia penuh dengan makanan. Dan dia perlu makan ubat cacing.. Hai lah bobo...sebab tu je ke? Punyelha riso kami neh..hehe
lepas makan ubat cacing yg pertama balik tu si bobo tidur sepanjang hari. Naik risau gak lah emak ahkak. Dan doc bekalkan ubat cacing yang perlu bobo makan keesokan harinya. Alhamdulillah hari ni bobo dah kembali sihat seperti sebelumnya. Makin ligat ade gayanya. Geram nak ahkak picit picit je si bobo ni taw!
si manja BOBO :)

Dan ahkak nak lah berkongsi tempat hospital veterinar kepada pembela-pembela haiwan kesayangan ni. Xdelah merapu meraban tah ape ape kat sini kan?
Haiwan kesayangan

Waktu operasi Klinik Haiwan Kesayangan
Isnin-Khamis waktu klinik 8.30pagi - 5petang
Jumaat waktu klinik 8.30pagi-11.45pagi (waktu petang adalah waktu untuk yg temujanji&rawatan susulan sahaja)
Sabtu-Ahad adalah untuk kes yang berada di wad sahaja.

No telefon Klinik Haiwan Kesayangan 03 - 89463965/3966

Wad untuk kucing adalah RM12 sehari. Itupon sebab ahkak de terbace yg ditampal didinding.Xtau lah kalau dah lain rege kan? 

1 comment:

Dyna said...

Tumpang tanya...berapa kos xray yg akak buat tu ye...saya nak xray kucing saya coz suspect paru2 berair...

Post a Comment

**happy family**

**happy family**