Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, October 8, 2012

Memujuk hati yang lara.

Assalammualaikum ...

Sian si kecit tomey bilamana kebiasaan si kakak sayang adalah sahabat dikala suka dan duka. Si kakak sayang adalah kawan bergurau dan kawan bergaduh. Tetiba tinggal dia seorang diri dirumah disebabkan faktor belum pandai ikut orang lain kehulu ke hilir. Kalau nak dibawak kena lah potong nenen angkut masuk beg kan? Tu lah nak! sape suh kamu mengempeng lame sgt .. Kan xde sape sudi bawak kamu kehulu kehilir mcm kakak ;)

Tapi bagus juge..hehe! Ade lah kawan gaduh umi! Weekend lepas si kakak sayang diangkut ibu iaitu kakak kepada aku dan maklong kepada anak-anakku. Tapi dah lekat panggilan ibu. Tinggallah si kecit tomey keseorangan kesepian tanpa kawan gaduuh dirumah. Kasihan! Disebabkan xnak dia berasa sunyi sendiri ataupon duk menangis mencari kakak aku yang dah sarat ni merajinkan diri bukak kolam yang dah lame tersimpan rapi untuk menghiburkan si kecit tomey.Kire cam tajuk diatas lah. Memujuk hati si kecit tomey yang sedang lara ;)
Lara lah sangat kan... Padahal malas nak pujuk dia menangis melalak cari si kakak. Lebih baik letih sikit dari dengar suara nyaring si kecit tomey. Lepas je bukak kolam tu lupe terus ingatan pada kawan gurau dan gaduh dia. Sorang-sorang pon jadi berendam.. Terpacaklah si umi menunggu si kecit tomey sendiri berkata "sudah cukup sudah!"
Jangan diajak masuk kalau diri sendiri belum puas..leh jadi gaduh weyhhhh! ohoiiiii si kakak sayang.. Kamu sesedap berendam dalam swimming pool ikut ibu adik kamu pon sedap gak berSWIMMING pool kat umah nani. Sengsorang lebih baik..hehe 
menung terkenang nasib diri ;)

boring mandi sengsorang !
Agaknya berseorangan xseseronok bermain dengan kakak,mase berendam si kecit tomey xlama seperti selalu. Xsampai setengah jam berendam si kecit tomey mintak diangkat keluar. Kasihan! Makanya,,terbentanglah kolam renang sendirian berlara seperti hati si kecit tomey..hehe
Dan malam tu jugak mr.huB cuba memujuk si kecit tomey dengan mengajak mencari CD Alif Ba Ta yang dia kehendaki di pasar malam. Bertiga lah kami ke pasar malam tanpa si kakak sayang. Dan malam tu jugak menjadi sejarah bila tiba-tiba xsemena-mena si ibu boyot ni terjatuh. Punca jatuh hanya disebabkan lubang kecil di jalanan. Nasib baik x jatuh teruk dan sempat berlutut di atas jalan raya. Hasilnya calar le lutut makan jalan ;)
Memang superb bila jatuh dikhalayak ramai.. Padahal tangan dah dipimpin incik suami tapi dah ditakdirkan JATUH..maka jatuhlah ia..haha Memang best! Kun faya kun... ;)
Bertahun kasut tumit 3-4inci jadi mainan kakiku tetiba time preggy pakai sandal crocodile leh jatuh hanya disebabkan lubang kecil.. Tapi masih bersyukur sebab sumenye selamat. Xde yang xdiingini berlaku. Yang memilukan hati..punyalah ramai manusia berfikiran waras lalu-lalang ditempat kejadian tapi xseorang pon yang berhenti bertanya atau membantu. Tiba-tiba datang seseorang yang aku agak kenal. Bukan lah rapat tapi biasa nampak dan kebetulan asal dari tempat yang sama makanya saling mengenali. Dia adalah insan istimewa setau aku. Sebabnya xsesempurna orang lain yang punya akal dan fikiran yang waras. Dia adalah di kalangan hamba Allah yang ala-ala lembam. Selalu duduk nya di stesen bas bersama 2orang lagi rakan yang lebih kurang seangkatannya. Dialah yang bertanya keadaan aku dan mr.huB ketika tu. mr.huB yang bukan asal kampung yang same menjawab dan berborak mesra dengan insan istimewa tu. Dan sangat memeranjatkan dia bila aku beritahu siapa pemuda tu. Kata mr.huB dia lebih waras nak dibandingkan dengan orang lain yang lalu-lalang di hadapan kita. Mekaseh kepada kamu wahai hamba Allah. Semoga kamu dirahmati ;)

Akhirnya menda alah yang dicari dah pon dijumpai baliklah kami bertiga dengan hati gembira walau lutut berdenyut-denyut menahan sakit..hehe.! Balik leh manja-manja mintak sapu minyak gamat. ;)








sumber: FB ibu ;) "BEST SGT LE TU!!"hehe
Sampai dirumah tidurlah si kecit tomey  seharian tanpa gurau senda dengan si kakak sayang. Aku dan mr.huB tertunggu-tunggu baliknya puteri sulung kami seharian di bawak jalan oleh ibu. Mekaseh ibu bawak si kakak jalan sampai batuk selsema dia berendam. Seronok sangat gamaknya. Pagi tu aku dan mr.huB kehilangan si kakak sayang.Rupenye pepagi lagi dah celik terus masuk bilik nani dan berborak tentang keseronokan dibawak berjalan semalamnya. ;)

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**