Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 3, 2012

keteguran -------- kelintasan

As salam ...

Apa keteguran? Apa kelintasan?
Ape yang aku nak kongsi arini adalah berkaitan dengan dunia lain dari dunia kita.. Korang percaya ke dengan makhluk halus? Bagi aku kita di dunia hanya menumpang nikmat Allah S.W.T .. begitu jugak dengan makhluk makhluk lain.. Mungkin ada benda yang kita boleh pandang dengan mata kasar dan ada benda yang kita xboleh tengok guna mata kasar kita. =)

Percaya 100% tu idak ler.. sebab kita ni hamba Allah kena percaya setiap yang berlaku adalah kerja Nya. Maka setiap ujian yang datang adalah mungkin boleh jadi hikmah disebaliknya atau juga boleh jadi mungkin peringatan untuk kita. Aku terima setiap ujian Mu Ya Allah..

Sebelum ni aku ade cerita hal si kakak sayang mengadu sakit kepala sejak beberapa hari yang lepas. Sejak dari si kakak sayang mengadu sakit kepala tu hati aku xsenang nak buat itu ini. Nak gi kerja pon jiwa aku meronta ronta mintak balik.. setiap minit setiap saat nak kol emak tanya perkembangan si kakak sayang. Sebagai ibu aku xsanggup tengok anak yang aku sayang menangis menanggung sakit .. seriously, sakit yang si kakak sayang tanggung sebab sakit kepala tu seperti aku sendiri xdpt tahan. Dia menangis tersedu sedu sambil mengomel sakit..sakit...! urat kepala yang biru tue sampai timbul..kata doktor itu adalah disebabkan sakit terlampau yang ditanggung oleh pesakit. Ouhh anak! ummi tau kamu kuat!

Aku dan mr.huB yang xsanggup tengok penderitaan si kakak syg terus bawak si kakak sayang ke unit kecemasan Hospital Putrajaya.. Agaknya kes si kakak sayang agak pelik. Budak berusia 4tahun sakit kepala tanpa sebab. Xde sebab yang aku boleh kaitkan.. Si kakak sayang sihat seperti biasa..xde demam! xde jatuh! Sampai sampai kat unit kecemasan cepat je nama si kakak sayang dipanggil. Macam macam ujian dilakukan. Amik sampel darah. Amik sampel air kencing. Buat x-ray.

Kata doktor dalam air kencing dan darah terdapat infection sikit. tapi x-ray doktor xkate ape.. So,aku pikir xde benda serius lah. yelah!doktor kan lebih arif. kalau ade benda xkena mesti doktor dah bgtau aku sebab aku dan mr.huB adalah emak dan ayah dan kami berhak tau sekiranya ada apa apa yang xkena dengan anak aku. Alhamdulillah,,kami dibenarkan balik dengan antibiotik oleh doktor tapi dengan pesanan..sekiranya masih sakit aku kena bawak anak aku datang balik sebab doktor tu ada kata macam mana pon saya nak cari jugak sebab anak awak sakit kepala. Takut aku dengar penjelasan doktor tu. Mula terbayang macam macam! Ya Allah mintak jauh segala penyakit dari kami sekeluarga..

Balik umah tue si kakak sayang tidur elok hingga ke pagi aku hantar rumah emak. Aku pon senang hati sikit pergi kerja sebab pagi tu si kakak sayang kata dah xsakit kepala.Lebih kurang pukul 2petang,aku telefon emak tanya perkembangan si kakak sayang. Bergoncang dada bila tiba tiba emak menangis dalam telefon suruh balik mintak aku bawak anak aku gi berubat.

"balik lah teh..xsanggup emak tengok kakak menangis mcm tu"

Aku pon berkemas kemas terus balik.. menangis lah aku dalam kereta mintak Allah kurangkan sakit si anak. Dah berapa ari tu memang aku terasa sayu je tengok si kakak sayang. Emak kata selalunya kalau demam pon dia mesti gagah jugak nak bangun main. Tapi kali ni memang dia baring je. Xdaya mungkin! Balik je rumah aku tengok si kakak sayang terbaring menangis kat sisi emak. Emak pulak menangis melihat cucu yang dia bela dari kecik menanggung sakit. Terus kol mr.huB suh balik jugak.

Ikut hati aku nak bawak je si kakak sayang gi hospital balik tapi emak kata kita cuba cara lain dulu. Aku ada kenal sorang nenek ni. Dia lah yang mengurut aku ketika pantang bersalin. Bukan time berpantang je,,bila bila rasa nak mengurut dia lah yang aku dan emak cari. Nenek ni bukan bomoh. Dia ada kelebihan yang Allah bagi.. boleh mengurut dan mengubati mungkin. Dari penglihatan aku nenek ni mengubat orang bukanlah macam bomoh bomoh yang selalu aku tengok kat tv tue. Yang guna kemenyan bagai,kain kuning lah,limau purut le,dan macam keperluan lain. Dia cuma tanya nama penuh si pesakit. Sebab tu aku kata dia bukan bomoh.
sebab selalu tgk tv bomoh bomoh ni seram..nenek ni xseram kot!

Nenek tu urut sikit belakang badan si kakak sayang.. katanya si kakak sayang ni terkena lintasan. Macam ada pelanggaran antara dia dan makhluk halus tue. Mungkin si kakak sayang tengah main main lepas tu si anak makhluk halus ni pon tengah berlari lari dan berlanggar. Walallah hu alam.. =)
Langgar sebelah sebab tu dia sakit sebelah..nenek tu urut belakang badan dia sebab nampak macam bengkak sikit. Mulalah cerita cerita tentang benda ni aku dengar dari cerita emak dan nenek. Dorang kata kalau keteguran ni lain..kalau kelintasan ni lain..Yang tu aku xpaham. Ada orang yang kena lintasan ni sampai herot berot badan. senget benget muka.. yang itu kelintasan. Keteguran ni besenye "benda" tu cuma tegur je! ntah ler bedah... =)

Alhamdulillah si kakak sayang memang rasi atau kata lain sesuai dengan nenek tu. Lepas je berubat dengan nenek tu si kakak sayang sihat seperti biasa. Xdelah menangis menanggung sakit lagi. Dari kecik pon si kakak sayang memang serasi dengan nenek ni. Pernah mase umur si kakak sayang 6bulan lebihkurang aku sekeluarga pergi kelantan. Ondaway perjalanan Pregio Van yang kami naik breakdown kat jalan gelap yang orang sane panggil bukit putus..
Bertolak malam konon sejuk sekali stuck tengah hutan gigil lutut semua! Si kakak sayang xmeragam mase tu..sampai pukul 4pagi jugak bertapa tengah hutan tunggu abang aku dari Machang datang amik. Balik dari kelantan tu si kakak sayang jadi takut dengan semua orang. nak melekap kat ummi je! dengan abi pon xnak.. tengok orang macam takut..menangis plak kuat sangat. Terus emak ajak jumpe nenek tu..dan alhamdulillah ok jugak..kata nenek tu ade benda ikut dia dari sana. Wallah hu alam =) Sebab tu aku kate dia rasi dengan nenek tue kalau berkaitan halus halus ni.

Bersyukur sangat dengan keadaan si kakak sayang skang ni. Dia dah xmenangis sakit lagi macam hari tu. Dah boleh main main macam biasa. Makan pon mahu je semua! Alhamdulillah sangat. Emak kata kami kena pergi lagi rumah nenek tu bawakkan makanan/apa apa hadiah untk dia tanda terima kasih. Kita hanya mencuba Allah S.W.T juga yang menentukan. Bukan bertujuan menyekutukan Pencipta..sebab makhlus halus itu wujud .

Kepada readers / silent readers mintak jasa baik kamu doakan yang terbaik untuk aku sekelurga terutama anak anak aku. Sebagai ibu xsanggup rasenya melihat anak sakit bukan.?kalau boleh diganti biarlah nyawa jadi galang gantinya. =)

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang
dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat
oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib
Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang
sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api
iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal
yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah
s.w.t.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:


Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka
yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan
tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia
yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya
begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda
keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak
nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan
manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat
menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana
dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang
yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan
Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**