Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, April 7, 2012

Alahmdulillah =)

As salam ...

Syukur di atas rezeki yang telah Engkau berikan pada aku dan keluarga..
Walaupon xsemewah sampai boleh tidur berbantalkan duit sekurang kurangnya aku bersyukur sebab diberi peluang merasa rezeki yang telah Engkau berikan pada kami ini. Alhamdulillah!
Mungkin ini adalah pintu peluang untuk aku meraih lebih lagi dari yang ada ni. Aku bersyukur diberi peluang ini.. =)

berapa lama aku xberbicara dan bercerita di dalam blog yang saje saje aku cipta untuk meluahkan dan berkongsi cerita..Sebenarnya ada perkara yang buatkan aku jadi terlupa seketika nak bercerita dengan kamu kamu semua!

Sejak 2-3minggu yang lepas mungkin,, aku mula sibuk dengan jualan online yang aku sendiri xsangka boleh mendapat sambutan. Dan arini aku rase nak berkongsi dengan kamu kamu semua. Korang korang pernah dengar jualan online Prelove/Bundle? Mesti pernah kan?
Sekarang ni semua pon dihujung jari.. =)
Aku selalu jumpe FB orang lain yang menjual bermacam benda secara online..samada barang baru! barang terpakai! dan juga barang seperti baru tapi nak letgo dengan harga murah.. Selama ni aku pon pernah cakap gak..baju baju terpakai mcm bundle & prelove de ke orang nak beli?
Dan sekarang aku sendiri dah menjadi owner kepada acc FB yang bernama Letting Go (Pre Loved)..puncanya ada kejadian 2-3minggu lepas. Aku sangat tension sebab rumah aku dipenuhi semut semut yang sangat banyak. Aku pelik! Walaupon dah mop berulangkali tetap ada semut. Aku ikut dari mana datangnya semut semut sekalian.. rupe rupenye semut semut tu dah buat sarang dalam kotak kotak baju yang dah aku tape elok elok.. Bengan btol! punya lah baik aku simpan baju baju anak dari si kakak sayang hingga si kecit tomey. mana yang xboleh pakai tapi like new aku letak dlm satu kotak.. mana yang xboleh pakai tp masih elok dan cantik utk buat basahan aku simapn elok dlm kotak yang lain.. alih alih dtg si semut semut tu abis di buatnya sarang dalam kotak kotak yang dah aku tape tue. Ape lagi? Bermulalah aktiviti mengemas,menggeledah,membongkah,membasuh dan macam macam MEM lagi lah. Sambil sambil mengemas tue otak aku ligat berpikir. Apa aku nak buat dengan baju baju yang sangat banyak nie.? Tetiba! aku teringat mengenai bundle&prelove yang selalu aku jenguk jenguk kat FB orang lain. Tergerak hati nak mencuba jugak. Kenapa x aku bg je baju baju tue pada orang lain?

Sebabnya dah sangat banyak kali emak aku terkena! Emak aku jugak sangat suke simpan baju baju lama yang dah xberpakai dalam kotak elok elok. Konon konon nya kalau ada orang susah emak nak sangat sedekah pada dorang. Tapi aku rasa orang sekarang dah xperlukan bantuan pakaian kot! kalau bagi duit dorang terima kot! tapi kalau bagi baju dorang slumber je buat kain lap..kite ni punye lah sayang smpai kotak siap tape baju baju tu elok elok. sampai je kat tangan orang..sedih tengok keadaan baju. ade yang main pakai buang je. Dapat memula pakai lah sekali dua pastu tau tau dah jadi balut nangka belakang umah dah. padahal baju tu masih cantik dan boleh digunakan buat baju jalan. Kata emak,bagus jugak aku ade idea macam tu. Kalau orang yang membeli walaupon harga tu hanyalah RM1 tapi pasti orang tu akan jaga dengan elok sebab dia beli pakai duit. Bukan pakai daun.. =)

Aku bukanlah menjual prelove baju baju anak aku tu sebab duit sebenarnya. kalau sebab duit dah tentu tentu aku letak harga tinggi. sebab preloved ni kan lebih elok dari bundle. Tapi aku saja saja nak berkongsi dengan orang lain. Dengan cara ni aku harap aku leh tambah pahala dengan cara xlangsung. Yelah,,bile orang berpuas hati dengan apa yang aku bagi maknanya aku berjaya menggembirakan mereka. aku sangat suka bile sampai je baju baju yang aku pos pada customer dorang bagi feedback yang positif.."Thanks fifie..baju cantik sangat!lenkali ade baju like new lagi tag lah akak" ..Kalau ada yang bagi feedback negatif aku akan cuba untuk xmelatah. Mungkin ada yang aku terlepas pandang dan aku jadikan teguran tue sebagai nasihat. "Baju agak berbulu sikit lah yang!kate preloved so preloved kena lebih elok dari bundle!"

itu mase permulaan aku menceburi dunia jualan online. Dan kini aku lebih berhati hati! aku akan pastikan customer berpuas hati dengan apa yang aku bagi. Sejak kejadian tu hingga ke hari ini aku dapat feedback yang positif dari customer..tQ semua! dan sebab teguran tu jugak aku akan pastikan aku akan bagitau dengan cara caption kan pada baju baju apa yang xkena. seperti baju agak berbulu ke.. baju pudar warna ke.. baju butang tercabut ke.. baju getah kembang ke..
Aku xharap sangat aku dapat balik modal bagi baju baju yang aku jual sbb macam aku cakap. aku harap dengan cara ni aku boleh tambah pahala dengan cara xlangsung dan jugak menambah kenalan dari serata negeri. pada yang hanya mampu beli baju aku dengan harga RM1 pon aku akan cuba bertolak ansur. Kebanyakan yang dah aku jual aku rase banyak yang dapat diskaun dari aku mase pembukaan Letting Go (Pre Loved) sebab mase tu aku xtau langsung tentang harga harga pos laju,pos register dan macam cara nak pos ni. sebab sebelum ni memang aku xpernah mengepos barang.. xde aku kire bape berat baju semua pon aku charges sama aje. alih alih sampai pejabat pos nah ko! RM15 bagi baju baju yang terlebih berat sebab ade customer yang order sekali banyak. bayangkan hanya RM40 utk lebihkurang 15items tolak duit pos RM15 berapa benar harga baju yang aku bagi? hahaha.. sebab tu aku harap aku boleh dapat tambah pahala sikit dengan cara ni..amin! dan yang terlebih tue aku anggap sebagai sedekah kepada mereka. sebab tue bile ade terkurang tu aku mintak maaf sangat sangat dengan customer awal awal sebab aku xnak ada customer yang marah dan hanya sekali jenguk je Letting Go (Pre Loved) . Aku nak customer yang dah pernah membeli akan terus setia dan terus membeli dengan aku.. =)
Selain dari tu aku jugak mengalu alukan kawan kawan yang mengenali aku kalau kalau nak menumpang menjual preloved anak anak dalam Letting Go (Pre Loved) . Sejak wujudnya Letting Go (Pre Loved) ada jugak kawan kawan yang dah mencuba nasib..dan alhamdulillah semuanya pon dah clear..

dan lagi sekali aku bersyukur sebab ada insan yang sudi berkongsi kesenangan dia dengan orang lain. Insan mulia nie dah berjaya dan dia menjemput sesiapa menjadi agent dibawah nya untuk mempromosikan barang barang jualannya. Tanpa modal! Ada lagi ke manusia semulia dia?
kepada semua diuar uarkan berita tue dan ramai mencuba nasib. Dia hanya memilih 20 orang dari setiap negeri mungkin menjadi agent nya tanpa modal dan aku yang hanya mencuba nasib dengan menghantar email menjadi di antara 20 orang yang terpilih. =)

Aku terima quotation mengenai harga barang yang aku perlu jual dan commisen yang boleh aku dapat dari setiap barang yang aku jual. Terima kasih pada dia kerana sudi berkongsi kesenangan bersama kami walau tanpa seposen modal pon. tQ sangat sangat! Semoga rezeki buat mu dan kami akan murah..amin!amin! Ya rabbal alamin..

Semoga dengan usaha yang sedang aku buat ini bertambah tambah lah rezeki buat kami sekeluarga..bagi aku xpelah xkaya sangat pon tapi cukuplah buat aku dan anak anak juga mr.huB boleh berbahagia dengan apa yang ada. =)

nota kaki : lepas ni blog ni akan jadi tempat aku menjaja barang jualan aku jugak ye disamping berkongsi cerita dengan kalian..harap jangan bosan! =)

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**