Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 12, 2012

kasihanilah aku wahai pakcik-pakcik sekalian!

As salam ...

agak agak korang leh teka tak ape benda yang aku nak share hari ni?? sbb kalau dari tajuk macam serius kan kan kan?? Ye..kengkawan yang dikasihi..! memang serius bagi aku. Bagi orang lain yang xberapa nak paham aku xtau lah serius ke idak! Tapi benda nie dah menghantui aku dah nak masuk genap 2tahun..iaitu sejak aku masuk keje yg la ni.! Xkisah lah orang nak kate kejap ke ape ke. Yang penting bg aku 2tahun tue agak lama untuk aku menghadapinya hari hari..sakit wooo!

Aku terpakse bertindak sebab benda nie dah melibatkan aku..kalau xmenyakiti aku..lantak pi lah korang nak buat ape pon. Masalahnya perbuatan korang korang dah buat aku jadi bengang dan sakit. Sakit betul hati ni.. Bila aku diam korang korang menjadi jadi..Bila aku cakap gelak gelak korang korang ingat aku melawak.Bila aku marah marah korang korang kate aku xsporting.Bila aku nangis mase tu lah baru korang korang nak gelabah kan??

Suka atilah kalau korang korang nak kate aku xsporting ke xrock ke.. Yang penting aku kena jaga kesihatan aku untuk orang orang yang aku sayang.. Tolonglah mengerti korang korang. Aku ada suami tercinta yang perlu aku jaga makan pakainya..Aku ada anak anak yang perlukan perhatian aku bila balik kerja.Aku de orang tua yang aku kena jaga hati mereka..Tapi korang korang semua selalu buat aku sengsara bila ada dengan kamu semua..ape semua ni?

Aku betul betul dah xtahan..korang korang semua nak aku respect dan hormat kamu sebagai orang yang lebih tua..sebenarnya bukan lebih tua,,memang dah tua pon. Pangkat ayah aku kot! Jika betul korang korang nak aku respect korang korang aku boleh je..lagipon selama ni aku memang jenis yang xbanyak cakap pon..aku memang dikenali sangat sangat menghormati orang orang lebih tua dari aku kat opis ni..kalau nak dibandingkan dengan kawan kawan aku yang sangat laser dan cakap lepas je. Yer..dorang sangat berani! Aku xseberani dorang nak sound direct je. Aku bercakap ade kias kias sebab aku masih nak jaga ati korang korang..sebab ape? Sebab aku hormat korang korang macam mana aku hormat abah aku. Aku diam je walau aku telan benda ni dah nak masuk 2tahun..aku ingat aku leh bersabar..rupenya aku memang xleh sabar dengan tindakan korang korang nie..memang menyakitkan!

Aku xkata korang korang nie semua jahat..xsemua diantara korang korang nie menyakitkan aku. Cuma segelintir jer..kate opismate aku,,Wan Kunishiro Zimbacki..suruh aku slowtalk dengan korang korang yang berkaitan. Macam aku cakap aku ni xpandai nak bercakap dengan orang orang yang xpaham bahasa nie. Sepatutnya benda ni korang korang leh paham sendiri. Xpayah tunggu orang cakap baru paham..sebab benda nie mediacetak,mediamassa pon dah bagitau. Kempen lak xyah cakap lah kan..dah berbagai bagai,,korang korang je yang buat buat xpaham.

Memula dulu aku cuba paham nie tradisi korang korang.. semakin cuba aku paham semakin aku xpaham rupenye. Mase memula aku masuk keje dulu aku adalah seorang ibu mengandung yang terkedek kedek bawak perut yang sedang memboyot..mase tu pon korang korang wat xheran ini kan pulak aku yang dah kempis dan rileks je dipandangan mata korang korang..ouhh lagilah korang korang besar kepala. Makin menjadi jadi sampai aku betul betul dah xtahan. Aku pernah sound salah seorang diantara korang korang..ayat aku tue lebih kurang macam ni.
"Encik...kalau apa apa jadi pada anak dalam kandungan saya ni bila dia keluar nanti,,saya akan saman encik."
tapi kawan korang korang tue buat xpaham je benda yang aku cakap dan terus dengan aktiviti sama seperti korang korang buat..bukan aku xpernah buat aduan pada ketua kerani yang sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan dia yang teraniaya seperti aku. Dah! Aku dah buat kengkawan..tapi xde respon.. Janji macam macam! Tapi janji tinggal janji. Bertahun aku tunggu janji tertunai tapi sampai lani xnampak benda. Xpelah kalau ketua kerani yang kat sini xleh nak tolong sebab mengikut kata kawan kawan aku dia memang xreti nak jaga kebajikan pekerja pekerja dia.sebab aku ade inisiatif lain..Korang korang sepatutnya tau, aku salah seorang kakitangan awam yang juga dijaga kebajikannya. Aku diambil bekerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu suruhanjaya yang sangat sangat menitikberatkan masalah pekerja pekerja dibawah naungannya. Ada yang bagi pendapat aku patut panjangkan benda ni dan buat aduan pada pihak atasan..tapi aku xnak sebab aku bukan lah berniat nak menutup periuk nasik korang korang semua. Aku masih berperikemanusiaan dimana aku tau korang korang juga adalah manusia biasa seperti aku yang xpernah lari dari melakukan kesilapan. Aku bukan nak korang korang semua kena tindakan cukup sekadar korang korang semua leh bertimbang rasa pada aku wanita yang lemah ini..itu sudah cukup.

Berat betul masalah aku ni kan? Sebenarnya xberat mana pon dan sebenarnya xperlu dipanjangkan ke pihak atasan pon yang penting semua pon nak bertimbangrasa antara satu sama lain. Masalahnya xde perubahan pon sejak aduan pertama aku dengan opismate aku buat. masih sama seperti 2tahun yang lepas dan makin menjadi jadi..kasihanilah kami!

kepada encik encik yang kami hormati..
kasihanilah kami..dan lebih tepat kasihanilah saya.. Aku perlukan jasa baik korang korang yang aku hormati supaya jauhilah aku dikala korang korang sedang enak menyedut ASAP ASAP ROKOK. Sebabnya,, aku sangat xtahan sebilik dengan orang orang yang merokok di dalam pejabat yang kecil yang kekurangang ruang oksigen..ditambah pulak bilik pejabat yang kecik nie menempatkan sistem sistem komputer yang memerlukan pengudaraan yang sejuknyaman je.. sebabnya panas cuaca ditambah dengan panas dari mesin mesin elektrik ni memang superb! terbaik dari yang terbaik.. panas weyhh. Aircond xde dan aku bekerja menghadap kipas berdiri yang sikit pon aku xrase anginnye sebab lebih banyak rase bahang panas.. ditambah pulak dengan asap asap rokok yang betul betul menyesakkan nafas aku.

Aku bukan nak merungut sebab panas aku cuma nak merungut sebab asap asap rokok yang korang korang hembus menusuk jantung aku hingga menyebabkan aku pening kepala tahap paling teruk yang mengakibatkan aku xleh buat satu kerja pon bila balik rumah selain dari menangis menanggung kesakitan. Kalau nak merungut hal panas nie,,siapalah aku nak bercakap mengenai panas xde aircond? Panas dunia je pon! Kalau nak suruhh keje panas aku ok je tapi jangan suruh aku keje dengan orang yang serupa kereta api tanah melayu dulu dulu yang asapnya xpernah berenti. Gile ko! Seploh kotak rokok bawak dari rumah seploh kotak leh abes keje dari 2.30 petang hingga 9.30 malam je..huh!

Tolonglah paham korang korang yang aku maksudkan. Aku bukan mengada ngada nak merengek manja nak mengadu ngadu dengan ketua ketua bahagian. Tapi aku betul betul dah xtahan. Aku xtahan keje sedut asap rokok yang terang terang kita tau risikonya. Aku xtahan keje sedut asap rokok yang boleh buat aku sakit kepala macam nak pecah. Aku xtahan keje sedut asap rokok sampai aku xleh buat satu benda pon selain dari menangis kesakitan bila balik rumah. Aku xtahan keje sedut asap rokok pastu aku xleh drive bawak kete dan paksa mr.huB datang dari Putrajaya ke Kajang semata mata jemput aku. Aku xtahan keje sedut asap rokok sampai aku xleh membelai kedua dua anak aku bila balik kerja.dan akhirnya mereka jadi mangsa aku melepaskan marah! semua sebab korang korang.

Tolonglah paham korang korang yang aku maksudkan. Aku adalah seorang wanita yang lemah. Yang punya keluarga bahagia yang perlu aku jaga. Yang punya dua orang puteri yang masih memerlukan aku untuk membesar. Yang punya orang tua untuk aku jaga disaat tua mereka. Tolonglah korang korang yang aku maksudkan.. Aku perlu sihat untuk orang orang yang aku sayang. Aku perlu bertenaga bila balik rumah untuk menguruskan rumah tangga.. Bukan balik macam orang sakit yang xberdaya.. Aku xnak disebabkan korang korang aku disahkan dapat penyakit berbahaya yang ditakuti wanita.. Tolonglah korang korang! Yer..mr.huB aku juga adalah seorong perokok..tapi dia xpernah menghembuskan asap asap rokoknya kemuka aku dan anak anak aku. Dia xpernah merokok didalam bilik yang didiami isteri dan anak anaknya. Dia xpernah merokok didalam kereta yang dinaiki isteri dan anak anaknya. Dan aku xpernah melarang dia nak merokok sebab aku cuba paham itu adalah kesukaannya.Walau aku xsuka! Macam tu jugak di pejabat aku xlarang korang korang nak merokok sebab itu hak korang korang sebagai lelaki. Tapi hormati aku...yang xperlu asap rokok korang korang tue.

Cerita Jumaat lepas..
Aku yang dah sangat sangat xtahan dengan bau rokok sehingga menyebabkan aku pening kepala teramat rase macam mau pecah,,kol mr.huB mintak dia pick up aku balik keje. Kesian jugak kat mr.huB dari Putrajaya nak ke Kajang semata mata amik aku . Bukan sekali ni dah berkali kali berlaku sejak 2tahun yang lepas. sambil menangis tersedu sedu aku kol mr.huB mengadu yang aku sangat sangat xtahan sakit kepala..sambil tunggu mr.huB tue aku bertindak luar kawalan dimana selama ni aku belom bersedia bercakap sendiri dengan KKD aku iaitu Ketua Komunikasi Daerah,Sarjan Major Ariffin. Aku tau SM aku sendiri terkejut bilamana aku kol dia sambil tersedu sedu bercakap melalui telefon. Tujuan aku kol SM bukan mintak dia amik tindakan pada orang orang berkenaan aku cuma mintak ade usaha yang boleh dilakukan agar aku xmenanggung kesakitan akibat orang lain. itu jer! Aku pon xtaw dari mana aku mendapat kekuatan untuk bercakap sendiri dengan KKD aku tue. Sbb selama ni aku memang pernah terpikir nak slowtalk dengan dia cuma lom ade keberanian dan Jumaat lepas aku dapat keberanian tu sbb xtahan menanggung sakit! kasihan kan? Dan sekarang aku sedang tunggu tindakan yang akan dilakukan oleh SM..jika xde apa apa perubahan jugak maknya memang aku perlukan plan lain pulak..mungkin plan A,plan B,plan C atau terus plan Z...tamat!

Maaf jika ada yang membaca luahan hati aku dan terasa dengan kata kata aku. Aku xberniat nak mengguris mana mana pihak pon. Aku cuma menuntut hak aku. Dimana hak aku sebagai pekerja kalau aduan aku xkemana.. Aku juga ada hak kot!

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan usahamu!

mrS May said...

usaha pe erk???hehe

Post a Comment

**happy family**

**happy family**