Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 12, 2012

berhenti / teruskan ??

As salam ...

Pendapat kawan kawan lain dah aku tanye.. ade yang kate teruskan dan ade yang kate benti je lah! Ni bukan masalah asap rokok dalam pejabat aku lagi..tapi nie berkaitan dengan berat badan. Ade x antara kawan kawan blogger aku pon mengalami masalah yang same? Aku rasa sape sape yang ade masalah macam aku nie pon mesti pening kan?

Mase lepas bersalin si kakak sayang dulu,,aku xpernah ambil pil perancang ataupon kaedah lain untuk merancang. Tapi aku akui mase lepas bersalinkan si kakak sayang dulu aku adalah sangat gemuk..sangat ker? sangat lah kot kalau ikut ketinggian yang xberapa nak tinggi ni kan? xsesuai le kalau pendek tu gemuk kan? Bukti kegemukan aku terselah bilamana aku cuba sarungkan balik jeans mase sebelum kawin dulu lepas beranakkan si kakak sayang..perghh! gile ko.. sebelah kaki pon xsudi nak masuk..apakah?

pic diambil ketika si kakak sayang berusia 4bulan kot
look at me..
gemuk kan?? huh!

Berat badan aku berbeza sangat dari mula mula mengandung kan si kakak sayang sampai lah aku bersalin kan si kakak sayang. seingat aku last aku mengandungkan si kakak sayang berat badan aku adalah 64kg gitu kot! xbape nak ingat bukan nak rahsia rahsia ok.. dan lepas bersalin si kakak sayang memang berat tu menurun mendadak sebanyak 11kg dari 64kg tapi bentuk fizikal mungkin xberubah langsung! dan berat sebanyak 53kg tue kekal hingga aku mengandung kan si kecit tomey lepas setahun lebih aku bersalinkan si kakak sayang.

Memang tensi bila aku xdpt balik berat badan aku sebelum mengandungkan si kakak sayang. Bukan aku xpernah berusaha lepas bersalinkan si kakak sayang..sudah! Macam macam gak cara yang aku lakukan..

Mase mengandungkan si kecit tomey aku pastikan berat badan aku xnaik mendadak. dari 53kg tu aku cuma naik 7kg je dari bulan pertama hingga bulan ke sembilan mengandungkan si kecit tomey. Mungkin sebab aku kawal berat badan aku,aku xperlu minum air gula pon mase mengandungkan si kecit tomey..sebab banyak kawan kawan yang sama sama pregnant mase tahun aku mengandungkan si kecit tomey kebanyakannya kena minum air gula..sebab ape ye?
Dan alhamdulillah lepas bersalin berat badan aku turun ke angka asal sebelum mengandungkan si kecit tomey..sehinggalah aku ambil keputusan hendak mengambil ubat perancang untuk menjarakkan kehamilan..

pic ni lak mase si kecit tomey berusia 6bulan gitu kot!
same je kot!
Kenapa lepas bersalin si kecit tomey baru terpikir? Memang aku dan mr.huB dah rancang anak pertama dan kedua memang aku nak beza 2tahun je.. mengandungkan si kecit tomey memang aku dan mr.huB dah betul betul bersedia. sebab tu lepas bersalin si kecit tomey baru aku buat keputusan makan ubat perancang sebab xnak TERmengandung plak.. biarlah si kakak sayang dan si kecit tomey mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya dari aku dan mr.huB sehingga mereka menganjak sekolah dulu..kalau boleh!

Berbulan bulan lamanya aku makan pil perancang dan berat badan aku agak stabil sehinggalah 3bulan lepas aku mendapati berat badan aku makin naik ,makin naik dan terus makin naik.. Padahal selera makan aku seperti biasa tapi kenapa berat badan aku menaik? Orang kata kalau menyusukan anak badan susah untuk naik. Si kecit tomey masih menyusu dari lahir hingga sekarang berusia 1tahun 6bulan dan aku akan terus menyusukan dia sehingga berusia 2tahun.
Sebelum ni cousin mr.huB,,kerja dibahagian farmasi pernah cakap dengan aku. Memang awal pengambilan pil perancang xnampak kesannya. tapi lama kelamaan kesannya akan ada. Contoh seperti naik berat badan yang macam aku alami ni lah. Ade kawan kawan kata kawal makan. Sebab ada di antara kawan kawan aku yang ambil pil ataupon lain lain kaedah merancang kehamilan kekal langsing dan xnaik pon berat badan. padahal selera makan lagi kuat dari aku kot! aku punyalah takut takut nak makan..hehe

tapi menurut cousin mr.huB aku tue..kadar metabolisma kita semua xsame..mungkin sebab tu ada kawan kawan aku tetap langsing dan xnaik berat badan walau makan pil atau guna cara lain merancang kehamilan. dan walaupon selera makan dorang xperlu dikawal seperti aku yang mempunyai metabolisma yang tinggi.. dah naik susah untuk turun. Aku xpernah guna cara lain selain dari mengambil pil perancang. dan xpernah tau pon cara lain tu.. ada kakak ipar dan seorang sahabat baik aku guna cara injection 3bulan sekali..tapi kedua duanya aku tengok makin mengembang..buatkan aku takut nak cuba..lagipon menurut kakak ipar aku injection adalah sakit...weyhhh!!sakit ke?

disebabkan berat badan aku yang makin naik,makin naik dan terus naik..aku berbincang dengan mr.huB untuk berhenti mengambil ubat lagi mulai ari Ahad yang lepas. tu pon lepas dengar pendapat kawan kawan yang mengalami masalah yang same dengan aku. Cuma masalahnya aku belum berjumpa doktor untuk kepastian. Persoalannya betul ke pengambilan pil ataupon injection untuk merancang kehamilan ni boleh bagi kesan gemuk pada pengguna? Aku terpaksa berhenti makan pil untuk tengok kebenarannya..sekiranya masih naik dan terus naik bermakna memang betul lah aku yang kena kawal makan. sekiranya turun dan terus turun memang betul lah punca aku gemuk sebab PIL PERANCANG. dari berat 53kg sekarang berat badan aku dah naik ke 57.7kg beb...huihhhh~~letih bawak badan kehulur kehilir... isssh!

Kaedah merancang kehamilan yang boleh diamalkan

Kaedahmerancang kehamilan yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Perancang.

Wanita kerap mengambil pil perancang secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil perancang dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil perancang.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil perancang yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron.

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil perancang yang mengandungi progestin.

3. Implan 'Norplant.

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun.



4. Alat Instrauterin (IUD.

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.

5. Span (Sponge).

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram.

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS).

7. Penghalang serviks (Cervital Cap).

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides.

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning).

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal.

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization).

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom.

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence.

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

3 comments:

Anonymous said...

Saya mengamal pil perancang Yasmin,adakah pil perancang lindungi says Dari mengandung sekira saya beer sama suami masa subur

aku la... said...

salam kenal.serius saya juga amalkan perancang kehamilan injection dan sedang membesar bagai juara..x tau nak buat apa. nak stop inject takut termengandung.anak kecik lagi..dilema btol lah

bulan bintang said...

haha..bila bc,mmg sama je kita ni..adoi..sy prasan bdn makin mngembang bila amal pil prancang..cuba ikhtiar utk turunkan berat,mmg x mjadi..skrg dh stop amik pil..bdn naik jgk..xtau dh nk wat mcm mn..turun skjp naik blk..jd ssh nk turun lps amal pil..

Post a Comment

**happy family**

**happy family**