Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, June 26, 2009

8 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

1.Asid folik
  • Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan.Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjang terjejas.
2.Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C.Ketahuilah bahawa vitamin C dapat mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik sihat.Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu2 hamil.Oleh itu,jadikan ia sebagai rutin harian anda waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya.Pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan, mampu mengawal pertambahan berat badan.
3.Makan banyak ikan
  • Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah.Selain itu,protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh.Ikan kaya dengan OMEGA 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.Ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna,tenggiri,tongkol dan kembung.Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus,dipanggang atau digoreng.
4.Zat besi anemia
  • Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit.Untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar,persediaan awal mesti dibuat.Yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil.Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 paratus.Untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia,anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.Antara makanan tersebut ialah daging merah(elak makan HATI),sayur-sayuran hijau,kekacang,dan buah-buahan yang sudah dikeringkan.
5.Karbohidrat
  • Sewaktu hamil,tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil.Kekurangan kalori akan menganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Beras,jagung,roti,mi,mihun,makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat.Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih2 lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.
6.8 gelas air
  • Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil.Malah,sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan,gejala2 seperti loya dan muntah sering berlaku.Akibatnya air banyak keluar.Jadi anda digalakkan minum air yang banyak bagi menggantikan air yang hilang itu.Hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita akan meningkat semasa hamil.Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat.Akibatnya,ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan bawasir.Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga.Ketika trimester ketiga,uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagian bawah uterus bersama-sama pundi kencing.Akibatnya, najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar.Jadi,untuk mengeluarkan najis tersebut,ibu hamil ini terpaksa meneran.Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan tinggi boleh menyebabkan bawasir.
7.Sarapan pagi
  • Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia,apatah lagi bagi ibu hamil.Ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi.Jadi,ambillah sedikit agar rasa lesu dapat dikurangkan.Bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan.Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual.Akan tetapi,jangan makan terlalu banyak.Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu,semangkuk bijiran dan sekeping roti.
8.Beriadah
  • Senaman baik untuk menyihatkan tubuh badan.Hasilnya,tubuh anda akan lebih langsing dan mantap.Jika anda surirumah sepenuh masa,luangkan masa utk berjalan-jalan di sekitar kediaman anda sambil membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan laman ataupun menyiram pokok bunga.Bagi yang bekerja,banyakkan berjalan.Aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk melancarkan peredaran darah.

Sunday, June 14, 2009

Besday party si puteri




13.06.2009 genap usia anak aku NAJWA NUR QISTINA setahun....Sempena ulangtahun dia yang pertama nie,,,aku bertungkus-lumus nak buat majlis yang dapat dihadiri oleh semua sanak-saudara dan rakan-rakan kami....hehehe sungguh suci ayat ku ini.Act,aku xtaw per yang nak aku citer kan kt cni....
MAJLIS ULANGTAHUN YANG PERTAMA
NAJWA NUR QISTINA MOHD NORIMAN
BERTEMPAT DI ARL POWERBOWL,ALAMANDA
PADA JAM 8.30MALAM

So,,pe kater uols layan je lah picture nie...Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang telah menjayakan majlis ini secara langsung ataupun xlangsung..lagi sekali ayat suci dari aku...Tapi ini memang kenyataannya..THANKS ALL!!!
Terima kasih kepada IQBAL selaku cameraman pada malam tue....memang berbaloilah baba ko beli camera mahal tue dan ko de potensi tuk pergi jauh dlm arena nie(cewah)...
Kepada yang bagi hadiah tue,,klu de jemputan untuk Najwa ke rumah anda semua insyaAllah akan terbalas kelak..kehkehkeh
Xlupa thanks untuk Bigboss ARL POWERBOWL sebab bg diskaun kat aku....kalau x,,,mana aku nak cari doit bagi kat dia???hehehehe




kek coklat


kek strawberry (klu korg perasan de kesilpan kt ctu)



Najwa dan abi (abi najwa Hub ummi)


Najwa n ummi (ummi dia syg may)


tengah dengar MC duk membebel pe tah (sowi pok nik erk)


pas pok nik membebel tiba masa EN.AZMAN BIN KHALID baca doa


Najwa xsabar nak potong kek....(pisau kek tue pown dia nak telan)


Najwa dah buat muka letih (mengantuk kan syg???)


Najwa marah ummi kerw??? (jgn lah mcm nie syg)


hoooraaayyy....ummi n abi syg Najwa

antara tetamu yg hadir (THANKSSSS ALL)


Najwa dan Danish Amsyar(aku letak pic anak ko,tapi aku tetap merajuk ngan ko ok?.....kenyataan utk CYZRELL)


bergambar kengan dengan mama&abah AWISH(mn perginya laki aku nie???)


last pic....Nawja dah menangis tahan ngantuk (sian anak ummi)

Monday, June 8, 2009

Dia SEmakIN pInTAR BerMAiN



Melakukan aktiviti bersama si manja mampu memberi ruang yang baik untuk perkembangan mental dan fizikalnya.Namun harus diingat setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza.Jadi jika bayi tidak bersedia untuk melakukan aktiviti itu,jangan risau.Cuba lakukan dalam beberapa minggu berikutnya.Ikuti aktiviti bermain dengan si kecil bermula sejak lahir hingga 6bulan.
SELAMAT MENCUBA.


BARU LAHIR
  • Rasai kelembutan
Perkembangan deria sentuh bayi mula meningkat.Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dengan menggunakan pancaindera terutamanya deria sentuh.Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembut,bayi dapat merasainya.

perkembangan kemahiran:koordinasi tangan & mata

SATU BULAN
  • Kayuhan
Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokan ketika bermain dengannya.Pegang kakinya dan buat gerakkan sedang mengayuh basikal.Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyikan mengikut rentak kakinya.

perkembangan kemahiran:motor kasar

DUA BULAN
  • Bunyi
Bunyi bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan itu.Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan tangannya.

perkembangan kemahiran:pendengaran

TIGA BULAN
  • Gerakkan objek
Antara 2 hingga 4bulan,bayi mampu menggerakkan tangannya.Dengan menggantungkan objek dengan tali seterusnya ia bergerak ke sana ke sini,akan membuatkan bayi teruja utk mencapainya.Namun pastikan objek itu ringan.Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan ke kiri.Dia juga mulai boleh fokus kepada objek yang digantung itu.

perkembangan kemahiran:koordinasi tangan,mata dan visual

EMPAT BULAN
  • Pengenalan kepada buku
Duduk bersama si kecil dan pegang bulu yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang.Pastikan terdapat gambar yang terang.Cara yang sama boleh digunakan pada kad imbasan.Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan itu.

perkembangan kemahiran:visual & lisan

LIMA BULAN
  • Tepuk amai-amai
Bayi anda sahaja mengenal beberapa perkataan.Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi anda bertambah ceria.Tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa.Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil.

perkembangan kemahiran:lisan

ENAM BULAN
  • Album gambar
Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu.Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya.Masukkan sekali gambar pengasuh,jiran dan kawan anda.Cara ini membantunya berasa slemat apabila melihat wajah-wajah orang yang dia kenali.

perkembangan kemahiran:motor halus & pengecaman

MemperSiapKAn BeG beRSaLIn

Jangan hanya memikirkan tentang bayi didalam perut sahaja kerana anda sepatutnya sudah membuat persediaan menyambut kelahirannya.Selain membuat persiapan kelengkapan bayi dan mental,anda juga perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.Sebaiknya bakal mama perlu menyediakan keperluan barangan sendiri dan bayi untuk beberapa hari pertama di hospital.Simpan beg yang berisi dengan barangan keperluan tersebut dalam kereta untuk memudahkana anda jika berlaku kecemasan.Masa paling ideal untuk memulakan kerja-kerja mengemas keperluan ini iaitu apabila anda cukup 34minggu kehamilan kerana anda tidak tergesa-gesa dan kurang risiko terlupa membawa barang yang penting.Berikut adalah senarai barangan keperluan yang dicadangkan untuk di bawa.Pastikan anda tidak membawa barangan yang tidak perlu.Jika memakai barangan kemas tinggalkan di rumah untuk keselamatan.

Barang keperluan si ibu
  1. Kameja T yg longgar diperbuat daripada kain kapas agar aliran udara dapat berjalan lancar.
  2. Stoking tebal.
  3. Barang kebersihan diri seperti deodoran,bedak,sikat,berus gigi,ubat gigi dan sabun mandi.
  4. Termos untuk mengisi air panas,makanan dan minuman.
  5. Buku atau majalah.
  6. Buku telefon yang menyenaraikan nombor telefon ahli keluarga dan sahabat handai.Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit pastikan ianya berfungsi.
  7. Pam payudara.
  8. Pad payudara sebagai kegunaan untuk mengelak air susu meleleh keluar.
  9. Tuala wanita khas selepas bersalin.
  10. Coli yang mempunyai pengancing buka hadapan bagi memudahkan memberi anak susu.Pastikan tali penyokong lebar agar dapat menampung payudara yang sentiasa dipenuhi dengan susu badan.
  11. Kamera atau kemera video untuk rakam detik-detik awal yang membahagiakan.
  12. Telefon bimbit untuk menghubungi saudara mara dan sahabat handai bagi mengkhabarkan berita gembira kelahiran zuriat anda.
Barang keperluan si kecil
  1. Pakaian bayi termasuk stoking,tuala dan selimutnya.
  2. Minyak angin untuk kelegaan dan memanaskan perut serta bahagian badan lain.
  3. Pampers pakai buang.
  4. Barut bayi,topi dan bantal kecil untuk keselesaan bayi anda.

pESaNan bUAt si IbU




Kata orang bila masuk 7bulan hamil ada kemungkinan boleh bersalin awal dan ia adalah waktu yang selamat biarpun bayi lahir pramatang.Sebenarnya tidak ramai wanita yang melahirkan bayi tepat mengikut tarikh jangkaan yang diberi doktor.Kebanyakan wanita melahirkan anak samada awal daripada tarikh jangkaan atau terlewat beberapa hari selepas tarikh tersebut.Tetapi sebaik melangkah ke minggu 28 anda seharusnya mengurangkan aktiviti dan dapatkan rehat yang cukup selain melakukan senaman yang ringan untuk membantu merangsang proses kelahiran.

Pemeriksaan antenatal
  • Dalam pertengahan 7bulan kehamilan atau kira-kira 32minggu,doktor akan meminta anda datang bagi pemeriksaan antenatal setiap 2minggu dan semakin menghampiri tarikh bersalin,lawatan akan berlangsung seminggu sekali.Ketika pemeriksaan, pemantauan berat badan dan tekanan darah adalah keutamaan yang dilakukan oleh doktor.Degupan jantung bayi juga akan dipantau selain doktor akan menilai saiz dan bentuk rahim anda dengan cara menekan bahagian abdomen.Mereka juga akan merasai kedudukan bayi,kepalanya ke bawah atau ke atas.Ukuran ketinggian fundus juga akan diambil kira.
    Ketinggian fundus adalah ukuran pembesaran rahim & dimana ia terletak dlm perut anda.Doktor akan menggunakan tali pengukur utk mengukur perut anda bermula dari atas tulang pubik hingga ke fundus / bahagian atas rahim.Ketika 12minggu,fundus sepatutnya berada di atas tulang pubik & semasa 36minggu ia biasanya berada di bawah gaisan payudara.
fundus-dasar organ yg berongga:bahagian yg paling jauh drpd bukaan

Apa khabar si kecil
  • Bayi anda semakin sibuk di dalam rahim kerana dia juga sudah bersedia untuk dilahirkan. Fetus mula pandai mengawal suhu badannya sendiri dan tulang sum-sum sudah sempurna mengawal pengeluaran sel darah merah.Fetus juga buang air kecil kira-kira seliter dlm air ketuban setiap hari.Penambahan berat ketika 3bulan terakhir sangat menakjubkan dimana bayi naik hingga 3paun atau lebih berat badannya terutama lemak & tisu otot.
Mata hitam bayi mula membeliak atau mengembang dan memberi tindak balas kepada cahaya.Kulit bayi tidak lagi berwarna merah tetapi bertukar merah jambu kerana kehadiran lemak putih di bawah lapisan kulit.Kuku jari semakin mencecah hujung jari,helaian rambut juga semakin banyak di atas kepala.
Pergerakan fetus ketika trimester ketiga juga mula berubah.Anda bagaikan gelanggang gimnastik dan tendangan mula dirasai di bahagian perut.

Tendangan si kecil
  • Soalan biasa yg akan dilontarkan oleh bakal mama setiap kali berjumpa doktor ginekologi adalah tentang kesihatan dan keadaan bayi di dalam.Oleh kerana tidak ada tingkap kaca yang boleh menembusi terus ke rahim ibu,kiraan tendangan fetus adalah cara terbaik mengetahui.Ianya mudah,percuma & boleh dilakukan bila-bila masa.Setiap fetus mempunyai corak dan rentak pergerakannya tersendiri dan kebanyakan bayi yang sihat akan bergerak lebih kerap dalam rahim ibu.Doktor akan meminta anda memberi tumpuan & merekod kekerapan tendangan bayi.Mula-mula pilih waktu setiap hari bayi anda paling aktif dan ia adalah untuk memulakan kiraan.Anda sepatutnya dapat mengesan sekurang-kurangnya 10x gerakan bayi dalam masa empat jam.Catat masa kiraan tendangan bermula di atas kertas.Buat satu jadual yang boleh ditanda.Merekod pergerakan (tendangan,pusingan,tumbukan)pada masa yang sama setiap hari membantu ketepatan ujian.Jangan kira semasa bayi sedang sedu.Apabila gerakan cukup 10x bermakna bayi anda sihat di dalam rahim.Sekiranya bayi anda kurang pergerakan pada hari tersebut, cuba berjalan perlahan-lahan selama 5minit,makan atau minum jus,kemudian berbaring mengiring ke sebelah kiri utk membangunkan si kecil anda.Tetapi jangan terlalu bimbang jika anda terlepas semua pergerakan bayi dalam kandungan kerana kita kadang kala terlalu sibuk atau tidak perasan tentang pergerakan utamanya.

*Untuk mengurangkan risiko kelahiran pra matang,elakkan aktiviti berat termasuk mengangkat sesuatu barang,pastikan minum banyak air masak dan makan dengan teratur.

**happy family**

**happy family**