Followers

Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 19, 2009

luahan rase hati aku

kenaper manusia ni xpernah puas???aku sdiri pelik bile kenang kan ape yang ingin aku kecap....Ape yang ingin aku cari....kenaper aku masih xpaham perasaan aku??pe salah yang aku dah buat sehingga aku xpaham pe yang aku kejar??
Dulu,,,masa aku sekolah aku xpaham ngan hidup aku sebab aku pikir yang aku masih xmatang.. tapi kini aku adalah seorang isteri dan juga seorang ibu...Adakah aku masih xmatang lagi??
Kadang2 aku seolah2 rase ingin kembali ke zaman dulu....Ke zaman aku masih mengejar cinta 'si dia'..
Aku kadang2 merindui zaman tu...Aku mengejar cinta 'si dia'....seseorang yang telah mencuri hati aku.
Tapi setelah 'si dia' ,,aku miliki...'si dia' aku tinggalkan hanya kerana sebab yang sangat aku sendiri xpasti. Bagi 'si dia' alasan yang aku beri adalah sangat xmunasabah...Memang xmunasabah langsung pown...Alasan aku adalah kerana aku telah menemui insan lain dan ingin berkongsi hidup dengan insan tersebut...
Memang hati aku amat menyayangi 'si dia'........tapi apakan daya aku mempunyai alasan aku untuk meninggalkan 'si dia'...
Aku XLAYAK untuk dia.....'si dia' amat istimewa bagi aku....Betapa hati aku terpaut pada kasih sayang yang 'si dia' beri..Terciptanya aku adalah memang dah ditetapkan yang aku bukan untuk 'si dia'.....
Betapa aku terasa yang diri aku sangat lah XLAYAK untuk insan semulia 'si dia'.Aku sentiasa berdoa semoga satu hari nanti Allah akan temukan 'si dia' dengan perempuan yang sesuai dengannya...Tapi yang pasti perempuan itu bukanlah aku....
Cuma aku sedar kesilapan aku kerana aku terlalu rindui saat itu...bukan niat aku untuk mengguris perasaan orang yang aku sayang,,,cuma aku ingin luahkan perasaan aku yang terpendam....Aku memang menyayangi dia tapi apakan daya seperti yang aku kata aku tercipta untuk orang lain..Begitu juga 'si dia'...Bukan milik aku lagi...Kini aku sah dan mutlak hak insan yang aku temu selepas 'si dia'..
biar lah kenangan ini terus jadi milik aku...selamanya!!!

Tuesday, May 12, 2009

ketidakselesaan pada trimester ketiga

a)KELETIHAN OTOT PERUT DAN KEGATALAN KULIT
-kegatalan di bahagian perut berlarutan hingga tiga bulan terakhir.Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligamen .Penggunaan losen bersesuaian dapat mengurangkan masalah gatal ini.

b)SAKIT KEPALA DAN BELAKANG
-sakit kepala mungkin kerap berlaku pada masa ini.Dapatkan rehat yang cukup terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.Sakit belakang berlaku bila perut yang semakin membesar memberi kesan pada posture anda.Pakai kasut tapak rata dan ambil perhatian sewaktu duduk dan berdiri.

c)KEPANASAN
-Ia memang lumrah pada wanita hamil bila mereka mengadu panas.Ia adalah tidak balas normal pada metabolik.Anda mgkin berpeluh walaupon orang len disekitar anda menggigil kesejukan.

d)LELEHAN PAYUDARA
-kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payudara anda ketika saat akhir kehamilan.Kolostrum adalah cecair kuning yang kaya dengan nutrien dan akan dihisap oleh bayi anda pada beberapa hari awal kelahirannya sebelum susu sebenar keluar pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.

e)SUKAR TIDUR LENA
-kesukaran tidur dan rasa letih adalah keluhan biasa yang didengari dari mulut bakal ibu pada trimester ketiga.Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.

f)HIDUNG TERSUMBAT
-Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung,hidung tersumbat atau berdarah.Alergi menjadi semakin teruk.Pastikan anda berjumpa doktor untuk pengambilan sebarang ubat.

g)SESAK NAFAS
-Masalah ini bukanlah berat kerana ia disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru2.Dalam trimester ketiga,masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan daifragma,menjadikan pernafasan semakin sukar.Sesetengah wanita yang x mempunyai sejarah asma boleh mendapat simptom asma pada akhir kehamilan.

h)BENGKAK KAKI
-Kaki membengkak ketika hamil adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak.Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair-air,darah dan air ketuban yang ada dalam badan.Petua untuk mengatasi masalah ini sebenarnya minum lebih banyak air.Bengkak boleh menjadi lebih teruk ketika cuaca panas terik.

i)BUASIR
-Secara teknikalnya,buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum anda.Hormon dan tekanan pada usus anda,termasuk ketegangan ketika perubahan usus boleh menyebabkan keadaan yang sedia ada.Cuba duduk di atas kusyen lembut berbentuk donut yang dapat memberikan kelegaan pada kawasan terbabit.

j)BENGKAK GUSI
-Perubahan hormon turut menyebabkan pembengkakan gusi.Anda mungkin mengalami gusi berdarah bila menggosok gigi.Gunakan berus gigi yang lembut dan terus memberus gigi dan flos gigi seperti biasa.

k)KELAM-KABUT
-Semakin saiz anda membesar,semakin sukar pergerakan anda.Berhati2. Jangan kelam-kabut untuk melakukan sesuatu.Minta bantuan dairpada orang lain jika perlu.Pilih pakaian dan kasut yang selesa utuk memudahkan pergerakan.

l)LELEHAN AIR KENCING
-Lelehan urin ini sebagai peringatan untuk anda mula melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih k0ntraksi otot di bahagian vagina dan agus.

m)MELANCONG
-Anda sepatutnya x kemana2 lagi yang jauh dari rumah.Kebanyakan doktor x mgalakkan wanita hamil pergi melancong bila sudah memasuki 8 hingga 9 bulan.Kebanyakan syarikat penerbangan juga mempunyai peraturan untuk penumpang yang hamil.Perjalanan menggunakan kereta yang mengambil masa lebih sejam boleh meletihkan dan x menyelesakan ketika ini.

n)MEMANDU
-Jangan memandu bersendirian ke hospital jika anda pernah mengalami k0ntraksi atau hampir hendak bersalin.
**Anda akan mengalami kekerapan buang air kecil ketika tiga bulan terakhir kehamilan.Jangan tahan kerana anda hanya akan mengganggu pundi kencing dan menghilangkan kontraksi.

Sunday, May 10, 2009

Berbakti di Hari ibu

Selamat Hari Ibu buat emak (Pn.Pauziah Binti Ismail)......

Selamat Hari Ibu juga buat warga emas di Rumah Sri Kenangan Cheng,Melaka(RSKC)....Aku sambut hari ibu tahun ni kat rumah-rumah org tua.Tersentuh hati rock aku mse 1st time jejak kaki kt ctu...serius wokkk,,,memang sedey tgk org2 tua yang tinggal kt sner.Mulalah aku terbayang kt nenek dan emak aku kt umah tue....emak ampun kan ateh yer emak.Memang sayu hati tengok muka pakcik dan makcik yang de kat sane....Mase kami nak balik tue dptlah tgk suasana sedih menyelubungi tempat tue.Sampai hati anak-anak dowang antar mak dan bapak dowang kt ctu.Emak dan ayah boleh jage 10 orang anak sekaligus nper 10 orang anak xleh jaga emak dan ayah nan satu???

Wan CR sedang menyumbangkan suara semasa dlm perjalanan nak ke destinasi
(masih leh suka2 lagi,sbb lom smpai)
Dah sampai pown...Mase nie hati aku dah mula meruntun kesedihan.
(mungkin de naluri keibuan kowt kt aku)ngeeee
Mase pengarah rumah org2 tua nie bagi ceramah,,,aku dah banjir dah.masa nie aku teringat kt nenek aku plak.Nenek,,ateh syg sgt kt nenek.Dlm ceramah tue de sebut,,,tugas anak lelaki adalah menjaga ibu dan bapanyer.Seandainya si ibu dan bapa dtg ke rumah anak lelakinya dan ingin mengambil segala brg dlm rumah tersebut,anak dan juga menantu xde hak utk melarang kerana segala barang dalam rumah anak lelakinya adalah hak milik mereka(brg yg dibeli menggunakan duit anak lelakinya)....
Nie plak pic hadiah dari MAHKAMAH PUTRAJAYA untuk semua warga RSKC.
Auntie nie memang kreatif wokkk....dia buat teddy bear dari manik2.
Aku amik kesempatan beli bentuk buah epal yg aku hadiahkan kt emak terchenta aku.
Bergambar kenangan sebelum mengakhiri sesi berbakti
Pas tue singgah plak kt Bandar Melaka
Nie pic kami kat MENARA TAMING SARI
Korang2 silalah layan pic nie erk????
Lepas penat bergambar,,,kite layan cendol sedap plak.......aduyaaiiiii lega!
pas dia dah puas melompat dia duk menung plak masa depan dia...ujang2
Pic last sebelum bertolak balik ke PUTRAJAYA....

Tuesday, May 5, 2009

MemBinA PeribaDI mUliA


Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa.Dari Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci yakni Muslim).Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan nya Nasrani atau Majusi." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

1.Taat kepada ibubapa
  • Timbulkan kesedaran bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap mereka amat besar. Mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai ibu bapa. Ini adalah untuk mengeratkn hubungan mesra,kasih sayang antara ahli keluarga.
2.Komunikasi dan pergaulan
  • Anak hendaklah dilatih bercakap benar,sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik2.Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya.Mereka mudah terikut2 dengan ape yang didengar.Sebab itu jika ibu bapa mahu menegur atau memarahi mereka,hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa kesat,kasar atau keras.
3.Mengajar anak adab bergaul dengan rakan
  • Anak perlu dinasihatkan supaya tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan2,jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak org lain.
4.Adab makan minum yang baik
  • Sifat atau sikap gelojoh ketika makan hendaklah ditegah.Adab makan seperti mencuci tangan,duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan perlu diterap.
5.Kebersihan keluar dan masuk tandas
  • Anak perlu diajar cara membuang air kecil yang betul supaya menjaga kebersihan.Jangan lupa tunjuk cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa dan menutup kepala.
*Ada sesaper lagi nak tambah dalam entri ni tak???meh ler kiter sesamerr berkongsi idea dalam usaha mendidik anak2 yang sedang membesar.

Saturday, May 2, 2009

TriP ke PD bersama Insan2 TerdEkat

sgt seronok!!tu jer yg mampu aku ckp kt cni bile dpt berkumpul ngan kwn2 terchenta(dgn harapan sume blnjer aku pas nie)...........Tanggal 01.05.09 kenangan kami bersama.........
Bkn main lagi janji kul 8am mesti de kt depan MAHKAMAH PUTRAJAYA....Alih2 aku dan huB org yg paling awal...naseb xmengamuk EN.Penunggu gua...kalu x siap lah kamoo sume..
Aku kol sya....

aku:ko kt mn?
sha:aku otw...baru pas amik k.ju
aku:
janji kul baper?
sha:jup,,,k.ju nk cari roti kt 7e nie...

chait......tu lah janji org kiter.Bru jer td kater otw tetiba kater nk g 7e lagi..bla..bla...

tapi xperlah,,,aku bkn mrh,,sjer jerw gempak ckit.Xlame pas aku duk lepak kt depan ISTANA yg xbaper nak istana,K.zatul pown smpai ng suami terchentanyer dan juga anak2 penyeri hidup beliau....wah ayat aku.xhengat!!bla...bla...bla...ngan k.zatul aku pon halo lah plak si Iqbal..
aku:weeeee....de mana?
iqbal:
otw...dh smpai sume ker?
aku:
sha,k.ju,zul n don lom smpai....
iqbal:
aku tggu kt depan PICC
aku:
abis yg xsmpai lg nie cmner?
iqbal:
lambat tinggal!!!!!
Xlame pas iqbal ckp cmtu,,,,smpai
sha,k.ju,zul n don.....dlm ati aku "taw takut kena tinggal" kui..kui..kui....
maka bermulalah konvoi kami pada pagi tue.......dan aku pown dah penat nak citer perw yg berlaku,,pe kater uols layan jer pic yg xsebaper nie.pic xbanyak....Dah sume sibuk nk berendam saper plak nak merelakan diri menajdi Cameraman plak kan??kehkehkeh...
aku???xde mknernyer!!!!!!!!!!



nak balik dah!!!!!!!!bye..bye...PD
k.Zatul,,,bile lagi nak wat.Tp xmo laut lagi erk?Najwa nak g tempat yang len ckit!kuikuikui

**happy family**

**happy family**